Thursday 8 December 2011

Rutin Aku Berubah ~ tysm

Assalamualikum blog n readers.

huh! seriously tak tahu nk hala tuju post ini ke mana coz aku rase mood pagi ni dah terasa lain macam..
aku tak tahu ni rasa gembira, or rasa sedih or its rindu..

ahh! aku rindu ko jugak! terlalu. sesangat..n aku tak tahu macam mana nk cakap..

readers, talking bout this feeling can make me becoming worse!

n now pepagi buta, my mulut n stomach x de rase nk breakfast, but telinga aku dah breakfast awal2 sudah.. n rase macam ade manik2 air mata yg jatuh..(ouch..ayt x leh blah)



really missing u so much! bak kata kau, "miss u damn much"


ermm..ok2..kite bercakap pasal rutin aku sejak akhir-akhir ini..

ahh! rutin aku kebanyakannya dah terlalu lari daripada rutin aku yang sebenarnya.
lately, aku rasa "semacam". huh..korang pun tau sebabnya.

but aku rase nk tergelak sgt2 dengan rutin aku lately ni~
bukannya lawak, but aku rase, rutin aku mmg macam rutin si Dia..
rutin tidur dier.

aku pun pelik. lately, dalam sehari aku bleh tidur dalam 4 kali..
?????? ahh! aku pun x percaya, but itulah hakikatnya.
mungkin segala ubat2an yang aku makan itu mempengaruhi aku, aku tak tahumm..Mungkin itu juga masuk akal~

n lately, aku sering baca (i means, selak2 sahaja) buku BMT.

ahh!..ok2..korang x paham BMT tu stands for what~..
BMT is actually singakatan kepada "Bogel Menuju Tuhan"..karya Zahiril Adzim, merangkap my MenTor..
ah! aku rindu juga karangan si ZA ni~ mungkin sebab itu aku akhir2 ni selalu selak buku BMT..ahh! buku kesayangan aku~ aku respect dengan penulisan ZA.. dan dalam banyak2 karya yg aku baca..aku tertarik dengan 2 karya dier (actually, aku tertarik dengan sume karya dier, but 2 inilah yang paling aku tertarik, dan x puas aku baca sekali 2, malahan, aku baca smpai 5-6 kali dalam satu masa)

catatan yng pertama "Mata Terkunci Dengan Stranger"

tapak tangan menekap meja makan
kedua2 nya tertangkup rapat meja plastik,
Medan Selera Tebing, Kuala Lumpur
Bistik ayam dah teh o panas di depanku,
tak terusik.
berhenti dulu, kenapa?
kerana ada perempuan cantik
di paling muka kiri.

pergilah tegur zahiril
tak berani
tak naklah!
eh jantung? kenapa deras benar kamu ini?

makan.
satu suap, dua suap
berhenti, kiri toleh.
aduh! alamak!
dia pun sedang pandang rupanya!
habis!
matanya mataku terkunci! tak lepas.
ini kunci ketat!
siapa mahu toleh dulu?
jangan, ini seronok!
ini bahagia!
mata terkunci keduanya itu bahagia!
biarkan ia terkunci!
selamanya!
pedulikan cerita teman sedang berlangsung,
biarkan mataku, dah matanya terkunci!
inputkan sedikit senyum!
oh, ini bahagia! ah, ini asyik!
detik cemas makin indah!

bodoh!
aku yang toleh dulu ke nasi
tak berani.
jantung, kenapa semakin laju?
kerana senyumnya itu boleh bikin amuk
tersusun siap manis rapat
bentuk-bentuk giginya.

kawan, aku mahu tegur perempuan itu
pergilah zahiril! mahu aku tolong?
tapi aku tak berani. aku x pernah berani.
biar aku saja yang tanya nombornya, ya?
jangan! kenapa?
entah.
kan dia juga merenung kamu?
kan dia juga tidak lepas memandang kamu?
ya, benar. tapi...
terlalu indah!
matanya! senyumnya! bentuk mukanya!
cantiknya dahsyat!

katakan itu jodohmu,
bagaimana?
jangan kata sekarang.
buat aku degup makin laju.

sudahlah, dia berlalu
celaka, habis sudah.
kesal, tak bergerak.
kamu, aku tak tahu namamu, 
menjadi memori kerana
mata kita pernah terkunci.



dan, second karya dier yang aku tertarik n amat bermakna tuk aku sekarang,

"Hebatnya Rasa Kehilangan"

bertahun kau menghilang.

kata kau, ini kisah kau yang perlu kau konklusikan, yang perlu kau kesimpulan-kan, yang perlu kau endingkan, yang perlu kau natijahkan. tapi kau tak pulang-pulang. tidak berutusan, apatah lagi berhubungan. aku gelabah.

lalu aku mula membuka persoalan, kemana, bagaimana, mengapa, bila, siapa.

resah-resah yang parah, ke kiri ke kanan ke depan ke belakang yang serba tak kena. tapi yang lebih hebat, hati. hati yang menjadi suam-suam risaunya. otak yang dum dam dum dam kabutnya.

mana kau? tak pulang-pulang.

berhari, berminggu, berbulan, bertahun. aku tak mahu kekosongan ini diisi oleh yang lain, semahu- mahunya hanya kau. aku bukan duda yang kematian isterinya. tapi aku percaya, lagaknya begitu sekarang.

menunggu - menunggu - menunggu.

menunggu ini lebih hebat dari menunggu shooting.

akhirnya aku mencapai keputusan untuk lari dari realiti tetapi bukan fantasi. aku kepuk-kepukkan bantal, bersedia menerima mimpi tidur apakah kali ini. walaupun resah, walaupun risau. aku terpaksa menidurkan diri ini dengan rindu yang tak mampu aku hindari.

resah lagi.

tiba-tiba aku sedar, rupanya kau baru hilang beberapa jam.

kenapa begitu hebat lamanya rasa?




huh..beberapa kali aku selak dan aku baca berulang2 catatan ZA ini, dan aku rase terlalu sama apa yang dirasakan aku sekarang. terlalu sama..

hmm..dan ade satu lagi hasil tulisan si ZA yang aku suke sangat2 sampai sekarang..but ini x ditulis dan dimasukkan ke dalam buku BMT, but ini ZA tulis ketika dier sudah sah menjadi suami kepada Shera Aiyob.. kekadang, aku wonder lah~ kan bagus ade lelaki seperti Zahiril dekat dengan aku..:)



"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku." 















p/s: sebenarnya aku nk tulis pasal kau tapi aku tak tahu nk tulis apa...aku rindu!

No comments:

Post a Comment