Hujan tak henti..
Dan tak mahu henti..
Aku menangis minta hentikan..
Tapi tak jadi…
Aku nak dia henti..
Aku tahu hujan ini..
Dia minta simpati..
Hingga aku tak mampu lagi,
Memberikan empati…
Terlalu besar permintaan dia..
Tak mampu aku tunaikan..
Dia minta idea aku..
Tak nak aku berikan..
Tapi takut pula dia curi..
Curi idea aku,
Lalu berikan kepada kamu..
Aku tak mahu!
Aku tak setuju!
Kian memaksa aku..
Menulis pasal kamu..
Siapa kamu?
Dia tak beritahu aku,
Aku tak tahu!
Aku ada idea..
Tapi bukan pasal dia…
Kamu nak idea..
Tapi aku tak ada..
Bukan tak ada..
Tapi tak mahu…
Biar orang mengata aku..
Biarlah orang hina aku..
Aku tak nak kongsi dengan kamu..
Aku cuma mahu berikan itu kepada dia…
Dia yang aku rindu..
Dia yang tak pernah aku tahu…
No comments:
Post a Comment