Masih menunggu dia
Tapi tak pernah kunjung tiba..
Pernah aku terfikirkan dia
Tapi tak tahu siapa..
Siapa yang dihatiku? Fikiranku?
Tak siapa yang tahu..
Orang kata kekasih gelap..
Apa yang gelap?
Dia tak pernah telus..
Dan dia takkan pernah tulus..
Buat apa?
Aku pun tak tahu apa..
Dia culik aku, kurung aku..
Namun dia tahu sakitku..
Aku ada rasa itu,
Cuma dia yang tahu..
Aku tak tahu..
Yang aku tahu..
Aku LUPA..
Kesibukan mengurung diri, menyerap kekuatanku..
Aku tak berdaya lagi..memikirkan dia..
Tak mahu tahu siapa dia..
Mungkin ini adalah..Hijjab..
Untuk sang pencinta..
Siapa aku? Siapa kamu?
Hanya dia yang tahu…
No comments:
Post a Comment