BANGANG! sangat BANGANG! paling BANGANG!
Pertamanya aku nak minta maaf kepada korang (pembaca) sekiranya entri aku ni bermula dengan perkataan mencarut. Fahamlah. Bukan niat aku nak beri korang baca entri aku yang penuh dengan carutan aku.
bangang ini bukan untuk korang. Tapi untuk aku!
Aku rasa semalam adalah hari aku yang paling bangang..bangang yang sebangang- bangangnya. First, aku tak tahu macam mana aku nak bercerita dekat korang tentang masalah aku dekat orang lain. Aku lebih suka pendam. Kekadang aku luahkan semuanya dekat Diari aku. Tapi kesian dekat dia. Caca-marba jadinya. Kalau aku marah, habis kertas itu dikoyak-koyakkan dan direnyuk-renyukan, lalu aku lemparkan kertas itu ke serata sudut bilik aku (aku melakukan itu tanpa pengetahuan mama aku). Kalau mood aku dah baik, aku kumpul balik kertas-kertas, cebisan-cebisan diari aku, lalu aku seterikakan balik ia dengan tangan aku, lepas itu, aku selitkan balik helaian yang koyak itu ke dalam diari aku. Tapi kali ini, diari aku dah nazak. Agaknya, kali ini, blog ni yang akan jadi laman sesawang cebisan daripada diari aku.
Berbalik-balik kepada kebangangan aku, aku tak tahu bagaimana cara untuk aku jelaskan dekat korang tentang kebangangan aku. Tapi yang aku nak beritau korang, semalam, hampir sejam aku habiskan masa dekat bilik air hanya untuk menangis!. Bangang sangatkan aku?
Aku duduk diam-diam dan nangis bawah shower. OK. Semalam aku menangis sebab dia. tak perlulah kalau aku sebutkan nama dia, sebab ini boleh mengaibkan dia. Ermm..inilah kali pertama aku menangis untuk kaum Adam. Aku pun tak tahu. Rasanya, inilah rasa paling bangang yang pernah wujud dalam dalam diri aku.
Kesian kan? selama Allah memberi nyawa tu, kenapa tak digunakan tuk memahami hati sendiri. siapa mahu tolong? hati kau bukanlah hati aku, tuk aku tolong pahamkan. Aku minta maaf kalau kau terbaca entri ini.
bukan niat aku untuk akta kau bangang, tapi aku rasa, akulah yang paling bangang!
p/s: rasanya bangang sekali bila aku tulis entri ni!..maaf..
No comments:
Post a Comment